Jawatan Kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad - 23 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad

Positions:

1. PENOLONG EKSEKUTIF AR-RAHNU

1) Warganegara Malaysia berumur 25 - 35 tahun (calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja di organisasi yang melaksanakan operasi Ar-Rahnu mestilah tidak melebihi 45 tahun dari tarikh tutup iklan).

2) Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan / Syariah / Pemasaran / Perakaunan/ Kewangan / Perbankan Islam) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan;

3) Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di syarikat yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu adalah satu kelebihan dan diberi keutamaan;

4) Calon-calon yang memiliki kelulusan peringkat Diploma mestilah mempunyai pengalaman tidak kurang empat (4) tahun dalam bidang Ar-Rahnu;

5) Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik / Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun serta lulus dalam dua mata pelajaran lain;

6) Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta mampu bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum;

7) Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet; dan

8) Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.
Cara Memohon:

Borang permohonan boleh diperolehi di Cawangan Sumber Manusia (CSM), Tingkat 10, Bangunan Koperasi Polis, No. 1, Jalan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Borang yang telah lengkap beserta salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan ke CSM seperti alamat di atas atau melalui e-mel ke csm@kpd.com.my pada atau sebelum 23 Februari 2024

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh di atas tidak akan diberi pertimbangan. Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat akan disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga.

Close date : 23 Februari 2024





Latar Belakang

Ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta. KPD dikenali sebagai "SYARIKAT BERKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD".

Post a Comment

0 Comments