Permohonan dan Syarat Kelayakan Personel MyStep 2024

Kerajaan telah meneruskan Personel MyStep untuk tahun 2024 dan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menteri Kewangan telah mengisytiharkan inisiatif ini.Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.Berikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang diteruskan bagi tahun 2024.

Apakah Personel MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik. Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan. Bagi tahun 2022 pula, MySTEP mensasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.

Melihat kepada kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya, inisiatif MySTEP diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023. Pada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Kerajaan berharap menerusi kesinambungan kepada inisiatif ini akan terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

Syarat Kelayakan MySTEP

Sektor Awam

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing.

GLC/ GLIC/ Rakan Strategik

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC/GLIC/rakan strategik masing-masing.

Cara Membuat Permohonan MySTEP

Permohonan adalah melalui Portal Rasmi MySTEP atau terus isikan borang permohonan digital melalui pautan http://mystep.mof.gov.my/

Permohonan juga boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian.

Iklan jawatan kosong Personel MyStep juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.

Penempatan Pekerjaan

1) Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLC, GLIC dan rakan strategik
2) Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.

3) Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.

4) Bagi GLC / GLIC / rakan strategik, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC / GLIC / rakan strategik masing-masing.

5) Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / GLIC / rakan strategik.

Tempoh Perkhidmatan

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)
Skop Kerja MySTEP

Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan / Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2023.
Skop tugas bagi personel MySTEP dilantik di GLC / GLIC / Rakan Strategik adalah tertakluk kepada keperluan dan skop tugas yang ditetapkan setiap program penempatan masing-masing.

Kadar Upah Personel MySTEP

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

KelayakanSektor Awam
(RM)
GLC/GLIC/rakan strategik
Saranan (RM)
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan
ke atas
2,1002,100
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM)
1,9001,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
1,7001,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
1,5001,500
*Nota: Kadar yang disarankan bergantung dan tertakluk kepada setiap program penempatan GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.
Kemudahan Personel MySTEP

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:
Jenis KemudahanSektor AwamGLC/ GLIC/ rakan strategik
Cuti Rehat12 hari setahun*Tertakluk kepada struktur program penempatan masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahun*Tertakluk kepada struktur program penempatan masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan
PERKESO
Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan
*Dikira secara purata (pro-rate) berdasarkan tempoh kontrak

Senarai Kementerian dan GLC

Senarai Kementerian : Seperti di Lampiran A
Senarai GLC : Senarai GLC yang mengambil bahagian akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Garis Panduan MySTEP

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP Di Bawah Inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme Tahun 2024 : Sila Rujuk Lampiran B

Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tadbir urus perolehan perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2024 (“Garis Panduan”).

KLIK SINI LAMPIRAN B

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut, sila layari portal MYFutureJobs https://myfuturejobs.gov.my atau https://candidates.myfuturejobs.gov.my atau portal Manfaat https://manfaat.mof.gov.my.

E-mel: info.mystep@treasury.gov.my

Telefon : 03-8882 4666

Post a Comment

0 Comments