Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jawatan:

Pegawai Bomba Bantuan (PBB)

Tarikh tutup permohonan: 19 April 2024 (Jumaat)
Lokasi penempatan : JBPM Negeri Selangor.
Sektor : Kerajaan/ Badan Berkanun

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR).
2. Kelulusan Sijil Pejalaran Malaysia (SPM).
3. Minimum Ketinggian 157cm (Lelaki).
4. Minimum Berat 48Kg (Lelaki).
5. BMI 19 - 26.
6. Keutamaan Kepada Warganegara Malaysia Dan
7. Menetap/ Tinggal Di Negeri Selangor.
8. Sihat Tubuh Badan & Penglihatan.
9. Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera.
10. Bukan Anggota Angkatan Tentera Malaysia Atau Mana-Mana Pasukan Atau Skim Sukarelawan Yang Ditubuhkan Di Bawah Mana-Mana Undang-Undang Bertulis.
11. Bukan Dari Pesara Kerajaan Atau Bekas Anggota Pasukan Berunifom.
12. Bukan Dari Bekas Anggota PBB Yang Telah Berhenti Dari Perkhidmatannya Atau Diberhentikan.
13. Lelaki Sahaja.

Lokasi kekosongan JBPM Negeri Selangor (Tarikh Tutup 19 April 2024) Lelaki
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Tlk Panglima Garang.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Banting.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sepang.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Dengkil.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Arang.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Bukit Sentosa.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjung Karang.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sekinchan.
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Besar.
  • Balai Bomba Dan Penelamat Sabak Bernam.
  • Fire Post Pulau Indah.

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan PBB 3 dan hendaklah dihantarkan ke Balai-Balai Bomba yang terdekat seperti yang dinyatakan di atas.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :

i)   Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
ii)  Notis Kebenaran daripada Majikan (bagi pemohon yang sedang bekerja sahaja) Borang PBB 4;
iii)  Salinan Kad Pengenalan;
iv) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan.

KLIK SINI sekarang untuk memuat turun borang permohonan

Sejarah

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Post a Comment

0 Comments