Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 19 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dan keutamaan kepada Anak Negeri Perak

Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED W41

Gaji (RM):
Minimum – RM 2,820.00 : Maksimum – RM 9,585.00

Fungsi Bidang Tugas:

1. Mengurus dan mengawalselia semua proses penyedian penyata penyesuaian bank bagi semua akaun terimaan dan akaun belanja MAIPk.

2. Merancang, menyelenggara daftar pelaburan, mengenalpasti pelaburan yang matang dan melakukan proses pembaharuan pelaburan dengan bank yang telah diputuskan oleh pihak MAIPk.

3. Mengurus penyata penyesuaian bank untuk Akaun Zakat Potongan Gaji, Kutipan Kaunter, Akaun Kutipan melalui kad kredit, Akaun Pelaburan Dan Akaun Kutipan Zakat Snap & Pay.

4. Mengetuai unit dan menyelia pengurusan fail, pentadbiran dalaman dan kewangan dengan cekap berdasarkan pekeliling / peraturan yang berkuatkuasa.


2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Gaji (RM):
Minimum – RM 2,315.00 : Maksimum – RM 9,618.00

Fungsi Bidang Tugas:

1. Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan akan datang.

2. Bertanggungjawab mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di jabatan.

3. Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang kompleks untuk jabatan.

4. Menyelia pembangunan dan penyelenggaraan sistem-sistem jabatan.


3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Gaji (RM):
Minimum – RM 1,549.00 : Maksimum – RM 5,684.00

Fungsi Bidang Tugas:

1. Membantu membangun aturcara baru dan menyelenggara aturcara sedia ada untuk sesuatu aplikasi sistem maklumat.

2. Bertanggungjawab memberikan latihan, sokongan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

3. Membantu dalam kerja-kerja membangun, mengurus dan mentadbir keberkesanan pengurusan pangkalan data yang terdapat di jabatan.

4. Membantu menyelenggara sistem dan menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem solving)
yang berkaitan dengan program dan sistem di jabatan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Januari 2024 (Jumaat)



Sejarah MAIPk

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British.

Post a Comment

0 Comments