Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan tarikh untuk calon menduduki ujian psikometrik bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 yang akan diadakan pada 6 September 2024 ini.
Banyak lagi jawatan yang terlibat dipanggil menduduki ujian psikometrik pada bulan September ini seperti dalam jadual yang pihak SPA sediakan DI SINI
Bagi calon Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 ini panduan khas untuk anda membuat persiapan sebenar untuk menghadapi ujian psikometrik nanti kerana dalam pakej panduan ini terdapat :- Nota spesifik berkaitan Pembantu Tadbir Kewangan W19
- 200 soalan baru
Maklumat Tentang Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1. JADUAL GAJI
Gaji Minimum : RM1,353.00
Gaji Maksimum : RM4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
2. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia; dan
b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i)Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
ii)SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.
5. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM
Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim).
6. MAKLUMAT TAMBAHAN
- Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
- Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
0 Comments