Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan - 5 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan

Jawatan:

1. KERANI (PERKERANIAN/OPERASI) N19
RM 1,352.00 - RM 4,003.00

2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
RM 1,353.00 - RM 4,005.00

3. PEMBANTU AWAM H11 PEMBANTU AWAM
RM 1,218.00 - RM 2,939.00

Perhatian Kepada Pemohon:

1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
  1. Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
  2. Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
  3. Sijil SRP/PT3/PMR, Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  4. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
  5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan

Cara–cara Membuat Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my/index.php

2. Sila kemukakan salinan permohonan (PDF) melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/73xLHnFRAjSxpGDW6

3. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

4. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Sekiranya anda terpilih untuk ditemu duga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temu duga.

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Pemohon – pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Perjawatan UiTMCK (unitperjawatanuitmck@uitm.edu.my) di talian berikut:
- 09-9762068 (Whatsapp business)
- 09-9762024 (Whatsapp business)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh tutup permohonan : 05 Februari 2024 (Isnin)



Sejarah UiTM Kelantan

Established on the 1st of July 1985 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) was the 9th branch campus in Malaysia. Previously known as Institut Teknologi MARA Kelantan (ITM Kelantan), this campus was officiated by YAB Tan Sri Dato’ Haji Mohammad bin Yaakob. The campus was established with the co-operation of the Kelantan State Government and was built on a 12 acres land at Kem Kijang. Financed by the state government, the renovation process amounted to RM1.5 million in total. In 1996, ITM Kelantan was relocated to the current permanent campus at Bukit Ilmu, Machang district.

UiTMCK has ever since soared into a premier tertiary education centre and geared up by the establishment of its city campus (Kampus Kota) in Kota Bharu, in 2007. UiTMCK continues to strive and is ever committed into making UiTM a world class university at large.

Post a Comment

0 Comments