Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 5 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51

2. PROFESOR MADYA GRED DS53

3. PROFESOR GRED KHAS C (VK7)

Jumlah Kekosongan Jawatan - TETAP / KONTRAK : 6

Penempatan Jawatan: Fakulti Pengurusan Industri, UMPSA Kampus Gambang

Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(d) Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00).

Keutamaan kepada calon:-

Mempunyai kemahiran dalam bidang:

1) Entrepreneurship

Klasifikasi Bidang:

Sub bidang berkaitan:

1. Innovation and Technology Entrepreneurship
2. Entrepreneurial Marketing
3. Entrepreneurial Ecosystems
4. Small and Medium-Enterprises (SMEs)
5. Entrepreneurial Finance
6. Entrepreneurial Leadership and Management
7. Corporate Entrepreneurship
8. Social Entrepreneurship

Syarat Tambahan:

1. Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang keusahawanan/pentadbiran perniagaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan lain-lain syarat yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Pahang AlSultan Abdullah

3. mempunyai pengalaman berkaitan dalam bidang-bidang berkaitan keusahawanan/keusahawanan teknologi/pengurusan perniagaan

4. Berpengalaman di industri melebihi 5 tahun dalam bidang berkaitan keusahawanan. 


* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Februari 2024 (Isnin)



Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.

Post a Comment

0 Comments