Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Kerian | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kerian
Jawatan:
1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Jadual Gaji:
Min : RM 1,218.00
Mak : RM 2,939.00
Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
d) Mempunyai lesen memandu Kelas E atau H yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
e) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan ` berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen E : RM1,310.30
Lesen H : RM1,356.45
f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Pentaksiran Tingkatan Tiga atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Januari 2024 (Jumaat)
Latar Belakang
MDK telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 September 1979. Pengisytiharan MDK telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 5 September 1979. Sebelum penubuhan Majlis Daerah Kerian (MDK), satu pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan telah ditubuhkan bagi memainkan fungsi dan peranannya mentadbir dan mengurus pentadbiran di peringkat daerah yang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Kerian pada 1 Julai 1975.
0 Comments