Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Jeli (MDJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Jeli (MDJ)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (TETAP) - 1 Kekosongan
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19 (TETAP) - 2 Kekosongan
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19 (KONTRAK) - 2 Kekosongan
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh permohonan pada : 31 Januari 2024 (Rabu)
Latar Belakang
Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ianya menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, Daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli - Dabong.
Oleh yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, Jajahan Tanah Merah di sebelah timur, Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan dan Negeri Perak di sebelah barat, merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur di masa hadapan.
Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di jajahan ini. Ia terletak kira-kira 98 kilometer dari Bandar Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat.
0 Comments