Jawatan Kosong di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) - 15 Januari 2024 [31 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SIJIL/DIPLOMA

1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 - 31 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,498.00
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

iii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08)

iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).0).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.   
   
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Makluman:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Pengenalan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam.

Post a Comment

0 Comments