Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: STPM/STAM/DIPLOMA
1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 - 5 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2023 (Selasa)
Profil
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949.
0 Comments